Saturday, July 12, 2014

Bismillahhirahmanirrahim,
  First thing first, today 15 of ramadhan 1435, on Sunday 13 July at 10.45 created this new blog..

 This is my life...the kid who's going to take her SPM examination on 3rd Nov...and TRIAL R just Around the edge- 5 Aug...urgh SCARY!!


No more Joking around..time to FOCUS!! ok my subject are BM,BI,PHY,BIO,CHEM,ADDMT,MT,PAI,SEJ...MUST ACE IT 9A+


Time to start this is BM:

Peribahasa.

1. burung terbang dipipiskan lada
-mengharapkan sesuatu yang belum pasti
:Janganlah terlalu meletakkan harapan yang tinggi kerana burung terbang dipipiskan lada, kita belum pasti lagi keputusan pentadbir atas kebenaran untuk bercuti pada minggu hadapan.
 
2.menegakkan benang yang basah
-menegakkan sesuatu yg tidak benar
:Jangan kamu cuba untuk menegakkan benang yang basah kerana kami semua sudah tahu perkara yang sebenar
 
3.ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
-seseorang yg pandai dan merendah diri tidak akan hilang ilmunya
:Haji Amir bagaikan ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya, kerana dia sentiasa merendah diri walaupun ramai orang memuji kebijaksanaannya serta ilmu yang dipelajari kekal sehingga kini.
 
4.bagaikan tikus jatuh di kepuk(kantung berisi beras)
-mendapat keuntungan yangbanyak secaa tiba2
:Adi bagaikan tikus jatuh di kepuk selepas bekahwin dengan anak bangsawan, kerana semua harta peninggalan mertuanya menjadi miliknya dan isterinya.
 
5.matinya semut kerana gula
-mendapat kesusahan kerana tamakkan harta
: Syida seperti matinya semut kerana gula, selepas suaminya meninggal kerana semua harta benda suaminya telah digunnakan untuk membeli kasut yang berjenama.
 
6.Bagaikan embun dihujung rumput
-kasih sayang yang tidak berkekalan
:Percintaan remaja pada zaman persekolahan bagaikan embun dihujung rumput, kerana selepas habis bersekolah cinta tersebut akan hilang.

7.Seperti mendukung biawak hidup
-melakukan perkerjaan yang sukar dan berbahaya
: kemasukan Aiman dalam pekerjaan menggali minyak di tengah lautan adalah sepeti mendukung biawak hidup.

8.Kalau tidak berada-ada masakkan tempua bersarang rendah
-melakukan kebaikan dengan sebab yang tersembunyi
:Ani berbaik-baik dengan Anis kerana dia inginkan permainan barunya , kerana kalau tidak berada-ada masakkan tempua bersarang rendah.

9.sekilas ikan di air, sudahku tahu jantan betina
-sudah tahu keadaan sebenar walaupun melihat luarannya sahaja 
:Aku tahu kenapa kau dating ke lagi pada hari ini kerana sekilas ikan di air, sudahku tahu jantan betina.

10.bagaikan lalat mengharungi najis -di mana ada punca rezeki di situlah orang ramai berkumpul
11.sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain -usaha gigihdan berterusan
12.apabila mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan -mendengar sesuatu yang belum pasti, tetapi apa yg elah ada dibuang
13.umpama tidur sebantal tetapi mimipi lain-lain -dua orang yang sangat rapat tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza.

                          That is all for today hope it'll last forever in my mind (rememberx3). Insyaallah BM A+
Pray For me and all of us.

No comments:

Post a Comment