Monday, December 14, 2015

FASTABIQUL KHAIRAT



Saya akan bergerak ke medan peperangan..!!
''Ya Allah bantulah Hambamu ini''
PRAY FOR ME!








My New and Favourite Video

Assalamualikum semua dan selamat sejahtera, dah lama sbenarnye x bukak blog nie... atas tanggungjawab dan 'kerinduan' terhadap blog ini saya  ingin menayangkan sebuah video yang saya rasa menarik dan menyeronokan untuk tontonan umum. Tajuknya : OmarSeries. 
   
    Cerita ini mengisahkan tentang kedatangan islam pada zaman Mekah, sewaktu rasulullah mendapat wahyu pertama sehingga kejayaan islam itu, pada mata Umar al-Khattab. Bagi saya video ini, memberi saya seribu satu makna untuk kita muhasabah diri. Dari mana kita datang dan apa usaha kita untuk membangunkan islam. 

#harapvideo ini memberi manfaat kpd anda juga...


omarseries ep 2. (eng sub)

sampai sini shj entri ana hari ini.. selamat bermujahadah..


Thursday, July 31, 2014

ayat hampir sama sebutan

Here's something that can HELP you practice BM pt2.

Bina satu ayat drpd perkataan berikut!!

1. hemah / hemat
-pada hemah saya, lebih baik jika kita meneruskan mesyuarat ini.
-kita hendaklah menjadi pelajar yang mempunyai hemat yang tinggi.
2. kerangka / rangka
-''Kerangka karangan Ahmad amat menarik sekali'', kata cikgu Anis kepada anak muridnya.
-Adi menemui rangka burung di belakang rumahnya ketika bercucuk tanam.
3. perap / perah
-''Kakak perap ayam tu dalam magkuk kaca ni'', kata ibu kepada anaknya.
-''Adik perah baju tu elok-elok!'',marah emak kepada adik yang sedang leka.
4. melarik / melirik
-Abang melarik kerja kayu yang dihasilkan di sekolah agar kelihatan cantik.
-Perempuan gedik itu melirik ke arah lelaki yang kacak itu sambil tersenyum-senyum.
5. mentaksir / mentafsir
-Abah mentaksir pendapatanya untuk memastikan wangnya cukup untuk menyara keluarganya yang kian bertambah
-Abu telah mentafsir apa yang dikatakan oleh orang Arab itu dengan lancer sekali.
6. menjurus / menjirus
-Merokok merupkan gejala negatif yang menjurus kepada gejala menghisap dadah.
-Amirah sedang menjirus pokok-pokok bunga yang baru dibelinya semalam.
7. mengubah / menggubah
-Amir suka mengubah kedudukan kerusi di meja makan yang telah disusun kemas oleh kakaknya.
-Aiman suka menggubah lagu dan ita-citanya ingin menjadi seorang penggubah lagu yang terkenal.
8. menghembuskan / menghemburkan
-Aiman dapat melihat arwah atuknya sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir.
-Amira tidak suka kepada orang yang suka menghemburkan kata-kata kesat
9. menatap / meratap
-Amir tidak henti-henti menatap mata kucingnya yang tersayang.
-Amirah meratap dengan kuat sekali apabila mendengar anaknya telah meninggal kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya.
10. meraung / melaung
-Adik meraung dengan kuat sekali apabila giginya dicabut oleh doktor gigi.
-Abu menawarkan diri menjadi bilal untuk melaungkan azan di surau sekolahnya.
11. menyumpah / menyampah
-Ahmad menyumpah kepada semut yang mengharungi makanan yang baru dibelinya.
-Amirah berasa menyampah melihat perangai buruk Ali itu.
12. rencam / rencah
-Amir melakukan kerja-kerja rencam untuk menambah pendapatan keluarganya.
-Aiman seorang yang rencah pendirianya kerana dia selalu menukar pendapatnya. 
13. diharap / digarap
-Pemergian angah ke sekolah teknik diharap dapat membawa kebaikan.
-Puisi ini digarap oleh seorang sasterawan yang sangat kreatif.
14. laksana / laksamana
-kerja yang dilakukan oleh Ahmad laksana mencurah air ke daun keladi.
-Adik suka membaca buku cerita mengenai laksamana pada zaman dahulu.
15. sering / seiring
-Angah sering ke tandas sejak dia makan makanan yang tealh basi itu.
-Amhad berjalan seiring dengan isterinya ketika bersiar-siar di taman.
16. menghidap / menghadap
-Ammmar menghidap penyakit kencing manis sejak tiga bulan yang lalu.
-Amir menghadapkan badanya ke kiblat untuk menunaikan solat.
17. secocok / secucuk
-Amir dan Amirah Nampak secocok sekali besanding di atas pelamin itu.
-Kakak makan secucuk sate manakala adik telah makan lima cucuk sate.
18. sasaran / sesaran
-peluru yang dilepaskan oleh penenmbak itu tepat mengenai sasaran.
- Perjalanan Amirul dari rumahnya ke KLIA menghasilkan sesaran yang panjang
19. tergolong / tergulung
-''Wawa tergolong dalam budak-budak yang cerdik pandai itu'',jelas Abu.
-Angah tergulung tikar yang dilemparkan di tepi pantai.
20. sepadan / sempadan
-Kasut yang dipakai oleh Anis sepadan dengan baju rayanya.
-Sungai Golok menjadi sempadan antara Thailand dengan Malaysia.
21. persatuan / penyatuan
-
22. menembuk / menembok
-Amir menembuk kertas itu menggunakan penebuk kertas.
-Ayah menebok air supaya dia cepat sejuk//Abang menembok sekeliling rumahnya mengunakan tembok kayu.
23. sembang / sumbang.
24. menyeluruh / menyeloroh
-Aidil suka menyeloroh menyebabkan kami sentiasa riang bersamanya
25. belot / belut
26. mengindahkan / mengendahkan
27. menyerap / mencerap
-Abu mencerap beg baru yang dilmiliki oleh Annas 
28. mengabaikan / mengaibkan
29. tapak / tepak
-Abu memberi Aman tiga tepak berisi sirih untuk kegunaan ayahnya.
30. menyuraikan / menyuarakan
31. bertitah / bertatah
-ibu memakai gelang yang bertatah emas dan berlian.
32. gumpal / gempal
33. mencolek / menculik
34. memerah / memeras
35. melencong / melancong
36. bertelur / bertelor
37. berkenan / berkenaan.
38. menempa / menempah
39. menyurut / menyorot
-Cahaya dari lampu picit adik menyorot keluar dengan terang.
40. melagakan / melegakan
41. melayukan / melayurkan
-Ibu melayurkan ayam separuh masak itu sebelum dihidangkan.(melelui api)
42. mengibas / mengimbas
43. pedalaman / pendalaman
44. merimaskan / meramaskan(gumpal/pulas/picit/renyuk)
-Abi meramaskan bunga yang diterima keran dia berasa sakit hati dengan kawanya itu.
45. benteng / beting
adik memnjat beting passir di tepi pantai
46. menuntun / menonton
47. pujuk / pojok.
-Adik meletakkan kerusi di pojok bilik itu.
48. beradat / beradab
49. hempas / hampas
-''Jangan hempas kota itu, ada kaca!'', teriak Kak long kepada adik.
-Hampas padi itu telah dibuang oleh adik.
50. lengan / lengang
51. tabik / tabib
-Aidil berjumpa dengan seorang tabib untuk mengubat penyakit yang telah lama dihidapnya.
52. resmi / rasmi
53. padan / pandan
54. perah / perap

what do you think ? helpful?? DO IT OK!!!

Saturday, July 12, 2014

Khilaful Aula (menyalahi keutamaan)

Something to share from http://www.k-pmmm.com/2011/05/wujudkah-couple-islamik.html :

Apakah yang dimaksudkan sebagai khilaful Aula?
Khilaful Aula adalah meninggalkan perkara yang melakukannya lebih baik atau melakukan perkara yang meninggalkannya lebih baik walaupun tiada sebarang larangan terhadapnya. (At-Tahbir 3/1009, Sharhul Kaukabil Munir 1/420). Dalam takrifan arabnya berbunyi:

ترك ما فعله راجح أو فعل ما تركه راجح ولو لم يكن منهيا عنه

Ada perkara dalam agama yang tidak dapat kita letakkan hukum haram atau makruh padanya, tetapi sekadar berkata itu menyalahi keutamaan.
Sebagai contoh:
Solat di luar waktu hukumnya haram.
Solat di hujung waktu hukumnya makruh.
Solat di pertengahan waktu??? Boleh dan diharuskan tetapi khilaful aula atau menyalahi keutamaan kerana keutamaan adalah solat di awal waktu.
Contoh-contoh lain:
1) Apa hukumnya bercakap ketika berwudhuk atau mandi wajib?
Hukumnya harus tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya tak pelulah bercakap.

 2) Apa hukumnya solat tanpa azan atau iqamat?
Hukumnya harus, tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya azan atau iqamat terlebih dahulu.

 3) Apa hukumnya mewariskan harta kepada anak sebelum meninggal?
Hukumnya harus, tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya diwariskan selepas mati.

 4) Apa hukumnya solat sunat 4 rakaat tanpa salam pada setiap dua rakaat?
Hukumnya harus tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya member salam setiap dua rakaat.

5) Apa hukumnya membaringkan jenazah mengadap qiblat tapi atas lambung kiri?
Hukumnya harus tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya dibaringkan atas lambung kanan.

 6) Apa hukumnya bercakap ketika tawaf?
 Hukumnya harus tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya banyakkan berzikir

 7) Apa hukum seseorang yang banyak mendengar muzik?
Hukumnya harus tapi menyalahi keutamaan. Seeloknya seorang muslim itu mambanyakkan membaca Al-Qur’an dan berzikir.
Begitulah juga halnya apabila anda bertanya hukum bercouple yang terjaga batas-batasnya, saya tidak dapat mengatakan hal itu haram, tidak dapat juga mengatakannya makruh, jawapan yang dapat saya berikan adalah hukumnya harus tapi khilaful aula atau menyalahi keutamaan.
Maknanya kalau dapat elakkan, elakkanlah daripada bercouple walaupun couple anda tu islamik sekalipun.. Tapi kalau dah tercouple tu pandai-pandailah jaga batas.
Just after I wrote my first post, I went to search for career after SPM..


Man it's just scary thinking of what you'll be in the future..cause I don't know??

Whatever it is..I've been searching there are so many things that I wanted to be..but I don't know what/how/where/why?! hurm..

I'm Hoping that i'll be a Great person one day...my end life is remember in the end/future we are all going to die, so be the Best that You can and always remember Allah!

Kata Motivasi:

“ Hanya ada dua langkah sahaja untuk berjaya.
Pertama, tetapkan matlamat yang jelas. Kedua,
berani atau sanggup berusaha untuk mendapatkan
matlamat tersebut”
 
so Matlamat yang jelas..do you have it..?-Akauntan,pensyarah,saintis,computer engenering,doctor and so on...
 I's making me crazy but it's cool..so pray for so I can be a Good and Great person one day  :)

Bismillahhirahmanirrahim,
  First thing first, today 15 of ramadhan 1435, on Sunday 13 July at 10.45 created this new blog..

 This is my life...the kid who's going to take her SPM examination on 3rd Nov...and TRIAL R just Around the edge- 5 Aug...urgh SCARY!!


No more Joking around..time to FOCUS!! ok my subject are BM,BI,PHY,BIO,CHEM,ADDMT,MT,PAI,SEJ...MUST ACE IT 9A+


Time to start this is BM:

Peribahasa.

1. burung terbang dipipiskan lada
-mengharapkan sesuatu yang belum pasti
:Janganlah terlalu meletakkan harapan yang tinggi kerana burung terbang dipipiskan lada, kita belum pasti lagi keputusan pentadbir atas kebenaran untuk bercuti pada minggu hadapan.
 
2.menegakkan benang yang basah
-menegakkan sesuatu yg tidak benar
:Jangan kamu cuba untuk menegakkan benang yang basah kerana kami semua sudah tahu perkara yang sebenar
 
3.ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
-seseorang yg pandai dan merendah diri tidak akan hilang ilmunya
:Haji Amir bagaikan ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya, kerana dia sentiasa merendah diri walaupun ramai orang memuji kebijaksanaannya serta ilmu yang dipelajari kekal sehingga kini.
 
4.bagaikan tikus jatuh di kepuk(kantung berisi beras)
-mendapat keuntungan yangbanyak secaa tiba2
:Adi bagaikan tikus jatuh di kepuk selepas bekahwin dengan anak bangsawan, kerana semua harta peninggalan mertuanya menjadi miliknya dan isterinya.
 
5.matinya semut kerana gula
-mendapat kesusahan kerana tamakkan harta
: Syida seperti matinya semut kerana gula, selepas suaminya meninggal kerana semua harta benda suaminya telah digunnakan untuk membeli kasut yang berjenama.
 
6.Bagaikan embun dihujung rumput
-kasih sayang yang tidak berkekalan
:Percintaan remaja pada zaman persekolahan bagaikan embun dihujung rumput, kerana selepas habis bersekolah cinta tersebut akan hilang.

7.Seperti mendukung biawak hidup
-melakukan perkerjaan yang sukar dan berbahaya
: kemasukan Aiman dalam pekerjaan menggali minyak di tengah lautan adalah sepeti mendukung biawak hidup.

8.Kalau tidak berada-ada masakkan tempua bersarang rendah
-melakukan kebaikan dengan sebab yang tersembunyi
:Ani berbaik-baik dengan Anis kerana dia inginkan permainan barunya , kerana kalau tidak berada-ada masakkan tempua bersarang rendah.

9.sekilas ikan di air, sudahku tahu jantan betina
-sudah tahu keadaan sebenar walaupun melihat luarannya sahaja 
:Aku tahu kenapa kau dating ke lagi pada hari ini kerana sekilas ikan di air, sudahku tahu jantan betina.

10.bagaikan lalat mengharungi najis -di mana ada punca rezeki di situlah orang ramai berkumpul
11.sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain -usaha gigihdan berterusan
12.apabila mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan -mendengar sesuatu yang belum pasti, tetapi apa yg elah ada dibuang
13.umpama tidur sebantal tetapi mimipi lain-lain -dua orang yang sangat rapat tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza.

                          That is all for today hope it'll last forever in my mind (rememberx3). Insyaallah BM A+
Pray For me and all of us.